Sunday, 22 November 2015

TELEKUNG KANAK KANAK COMELLAA

Telekung kanak kanak COMELLAA. Memberi inspirasi kepada si cilik untuk terus belajar solat. Material yang sangat selesa, warna yang menarik dan dihiasi sekuntum bunga yang sangat comel. Dapatkan sekarang.... Facebook & instagram: Comellaa Official

Wednesday, 21 October 2015

Telekung kanak kanak

Ok nak promot skit. Klau sapa2 yang ada anak pompuan tu..silala ke fb n instagram ni... Ada telekung kanak-kanak yang comel sgt. Mesti teruja bila si comel sama2 menunaikan solat dgn ahli kluarga yang lain...btl x??

Sunday, 15 March 2015

Kisah Jutawan Menjadi Jutawan Menggunakan KERIS???

Assalamualaikum

Memang dunia melayu penuh dengan kisah-kisah mistik tapi kalau seseorang menjadi jutawan menggunakan KERIS adalah sesuatu yang amat tidak logik.

Keris adalah senjata lama pahlawan-pahlawan di nusantara mana mungkin mampu menjadi tunjang untuk menjadi jutawan.

Ini yang saya fikirkan bila Faizi (nama sebenar beliau Mohd Faizi Md Shukor) menceritakan bahawa KERIS adalah elemen penting untuk membina empayar bisnes yang mampu menguasai pasaran global dan lokal.

Awalnya saya fikir yang beliau adalah seorang penjual KERIS tetapi saya silap. KERIS hanya digunakan untuk meledakkan bisnes sahaja!

Setelah bercerita panjang mengenai beliau yang sudah lama berkelana di negara orang untuk mengembangkan empayar sebagai freelancer, ternyata KERIS sebagai elemen penting untuk bisnes internet marketing,affiliate marketing atau apa-apa bisnes offline adalah BENAR.

Dulu kata orang Hang Tuah gagah kerana KERIS Taming Sari tapi zaman moden ini KERIS sekali lagi menjadi aset penting dalam bisnes seorang jutawan internet global.

KERIS JUTAWAN ini telah meledakkan bisnes internet marketing dan affiliate marketing beliau ke serata dunia.

Bila ditanya kenapa rahsia ini tidak diketahui umum selama ini? "Saya memang berhajat untuk kongsi ilmu ini tetapi biar saya buktikan dulu sebelum saya kongsi kepada umum", ujar beliau.

Kenapa KERIS? Apa istimewanya senjata warisan nenek moyang kita ini? Tengok kat sini:

Saturday, 8 November 2014

Kek ohhhh Kek!!

Sape suka makan kek??.. Angkat tangan.....Cer ngaku cepat!!

Ok aku adalah salah sorang yg boleh dikatakan 'Hantu Kek' atau lebih manis digelar 'Peminat Tegar Kek Sedunia'...  Semua jenis kek aku suka makan. Memang pantang tgk..komfem sambar terus. Ok sebenarnya nak citer ni. Dulu..kira2 lima thn lepas aku mmg rajin buat kek... Mcm2 kek aku buat tau.... Yerla kan kat internet ada mcm2 resepi....tiru je bulat2...kompem jadi. 

Tapi yang paling aku suka ialah part mendeco kek. Aku paling suka kek style Tan See Fong. Ada beberapa buku terbitannya yg dh beli. Tapi tak berkesempatan nak join class diaorang. Aku memang suka main2 dgn icing. letak la apa2 warna...pastu conteng2 kat kek tu. 

Punyala minat smpaikan ambik kursus deko kek. habisla dalam rm500 masa tu utk class deco...di Loveliana Cakes klau x silap la.  Bila dah terrer skit....hihi terrer sikit je.... aku pun trima la tempahan kek dari adik beradik dan kawan2 terdekat. Saja suka2 je. Tak brani nak terima tempahan dari org yg aku tak kenal. Lagi pun aku anggap ni sbg hobi jer. Best juga feel bila buat kek ni. Selain menguji kreativiti, aku jugak rasa puas hati bila dapat siapkan kek seperti yg dikehendaki.

Hobi aku ni memang on off on off. Maksud aku bila dah jemu mulalah malas buat kek. Tukar hobi lain plak...hihihi.... Oven pun dah berlapuk. Dah lama tak guna. Sesekali jenguk dlm tu memang berabuk...huhu....Selalu jugak kena tegur dengan kakak aku...Kena perli lagi..sebab biarkan oven tu berabuk....dia kata rugi aku biarkan talent aku yg pandai mendeko kek tu...huh!! talent la sgt!!!..


Entahla sekarang memang malas betul nak membaking....takpala simpan la dulu skill ni untuk diturunkan pada sape2 yg minat nanti..cewahh...mcm perasan bagus jerrr!! Okla ni antara kek2 yg aku buat dulu... Byk lg sebenarnya...tp ni ler antara yg ok...yg lain2 tu hazab...haha...so aku tunjuk yg cantik2 je...yg buruk2 tu bukan utk tontonan umum... Kalau minat ni datang balik....insyaallah aku update kek terbaru kat blog ni ... tata...



Thursday, 6 November 2014

Review Safi Rania Gold - Losyen Minuman Wajah

Eh! panjangnya tajuk kat atas ni...

Ingatkan mulut je nak minum. rupanya wajah pun nak minum? Sib baik wajah x mintak kopi ke..teh ke...milo ke...tongkat ali ke...ehh!! dh melalut aku ni...

ok2 back to the topic about Safi Rania Gold.. ececeh...ckap omputih plak.. Rasanya korang smua dh tau yg rangkaian produk safi ni ada byk jenis....tp yg aku nak stori mori skrg ni ialah produk Safi yang bernama Skin Drink Lotion.

Nahh ni gambonyaaa.....


Aku beli ni sebab terpengaruh dengan iklan di tv. Secara jujurnya..aku mmg jenis cepat terpengaruh. 
Tak kirala iklan apapun..klau menarik dan tertarik..terus je aku beli. Aku tgk iklan losyen ni masa tgh santai2 depan tv sambil makan keropok.....haha..bagus punya habit.

Korang bayangkan dlm iklan tu ckap..klau pakai losyen ni kat muka...kesannya ibarat minum 7 gelas air...kulit jadi lembapla maknanya....Jadi kesimpulannya...iklan tu sgt berkesan pada org yg kurang minum air mcm aku!... bukan x minum langsung tp kurang terutamanya air kosong. Org mcm aku ni la agaknya target diaorang.

Ok dipendekkan citer...aku belila...x ingatla harga brapa...korang google jerla.....1st time aku sapu kat muka...wahhhhh besttttttt sgt... aku mmg btl2 jatuh cinta dgn losen ni.... ok aku senarai apa yg aku rasa:-

- cepat meresap kat kulit.
- komfem kulit lembab.
- tak melekit
- kulit rasa fresh..tak tegang
- rasa lembut
- xyah pakai pelembab pun takpa...tp terpulangla
- klau pakai foundation slpas guna losyen ni...lebih senang nak ratakan foundation tu.

Ni pengalaman aku sndri yg dh guna sebulan lebih....jimat pun jimat sbb x habis2 lagi. Mungkin kesan utk setiap org berbeza bergantung pd jenis kulit. Tp yg penting kulit aku yang kering ni..sgtlaaaa sesuai.

Cuma lepas ni aku berazam nak minum byk2 air kosong... aku tau tu penting utk kulit yang cantik n badan yg sihat... letakla losyen satu tempayan pun tp kalau dalaman x jaga .. x elok juga..btl x??

ok tu saja review aku yg ikhlas...hihi






AF2014 dah nak final

Saje je nak sembang pasal AF2014. Lagi 2,3 hari je nak final. Kalau korang nak tau, last aku ambik tau psal AF ni masa zaman Mawi dulu... x ingat la thn berapa...tp mmg fanatik giler masa tu. Masa tu kononnya Mawi la jejaka terhebat..macho..encemm...alim..mcm2 la. Suara dia pun mmg sedap. Tapi kan..takdala smpai tahap mengundi...hahaha....setakat minat je tp satu sen pun x penah kluar duit utk afundi.

Tiba2 tahun ni plak layan balik AF. Tak sengaja. Terlayan. Maksud aku masa bukak tv saluran 104, konsert AF tgh berlangsung. Terpaku..terkedu...terkesima...pendek kata semua 'ter' la... hihi. Nak tau knp??? Sebab terdengar alunan suara merdu serak2 basah seorang jejaka yg sedang asyik mendendangkan lagu. Jeng...jeng...jeng....siapakah???

Serius.. aku minat dia...maksud aku..aku minat suara dia.. mungkin dia x sehebat masa zaman Mawi dulu..tp aku dapat rasa auranya. Nampak keikhlasannya ketika menyanyi. Sebab dialah aku mengadap tv tanpa miss pd setiap hari ahad pukul 9 mlm. Dh 9 minggu pun. Aku berharap dia dimurahkan rezeki dan dinobatkan sebagai juara AF2014 nanti..InsyaAllah.

Eh lupa nk ckap...aku berpeluang ke auditorium MBSA ketika konsert separuh akhir. Tgk live ooooo....best. Tempat duduk plak tak jauh dari pentas. Memang clearlah muka budak2 AF tu. Dan yg paling best...aku dpt tiket freeee!!!!!..sebab tu aku pergi...dah bagi free takkan nak tolak... lgpun ni la peluang nak tgk peserta kegemaran aku....


Huisshhhhh!!! Hensemnya dia....lain la muka dia berbanding dalam tv...Berbeza sgttttt. Kat live lagi nampak sweet. Honestly aku suka cara dia menari. Perfect. Nyanyiannya pada mlm tu pun sangat memuaskan. Kira berbaloi la aku pegi.

okla..akhir skali aku doakan beliau berjaya dlm cita2nya... Menang atau tidak di konsert final bukanlah penentu kejayaan di masa depan. Yg penting beliau terus berusaha bersungguh sungguh, tak lupa asal usul dan sentiasa mengingati Allah.

FIRMAN!!! Semangkit Jo!!






Assalamualaikum..

Huh! dah pukul 12.30pg....tiba2 je rasa aku rasa nak buat blog. Sebenarnya aku memang dh lama minat menulis AKA bercerita... Tapi x terfikir plak nak create blog. Padahal bukan susah pun..x sampai 5 minit. hehe. Okla.. insyaallah mulai harini aku akan mula menaip la apa yg aku suka. Kalau sudi baca, silakan baca...tak sudi pun takpa...hihihihi.

Opss lupa nk ckap.. agak2 knp ek..aku letak nama blog ni raynareshma....sebabnyaaaa...eh!!  aku tanya..aku plak yg jawab sndiri....okla sebabnya aku menunggu insan bernama Rayna Reshma hadir dlm hidupku....tu je aku boleh ckap....selebihnya kita citer kemudian la ekk.....k...


Okkkk salam perkenalan...